8:05 PM / 4th February !
update maybe <3
[Tutup / Cloce ]
Click !
Story of a H E A R T ♥
10 sebab Kahwin Muda ★
Sunday, July 29, 2012 , 0 Pengkritik

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24 . Utk memudahkan lagi . pasangan yg mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar . Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa . Ramai anak-2 remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda . Salah satu alasan mereka , ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk .


Kepada pembaca blog aku sekalian , aku tulis artikel ini bukan bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye . Haha ! Entry ini merupakan pandangan aku terhadap kahwin muda ini . Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-2 ataupun minah-2 diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal , mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-2 .

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak , keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya !

10 sebab kenapa nak kahwin awal :

1. Sudah ada yang berkenan di hati .
Untuk pengetahuan mama , saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya . Senang cerita , saya telah jatuh hati dengan dia . Orangnya baik , kuat agamanya , mempunyai ciri-2 isteri dan anak yang soleh , rajin , seorang yg bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik dan juga seorang suami yang hebat ! Orangnya sudah ada , kenapa perlu ditangguhkan lagikan ?

2.Ingin menjaga mata . hati dan kemaluan !
Mama yang dikasihi , memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata . Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri , kita diciptakan bersama dengan nafsu . Setinggi mana iman saya pada waktu itu , saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata , zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan . Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan lelaki . Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata , hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-2 ini ?

3.Mencari ketenangan .
Apa perasaan mama bila mula-2 kahwin dulu ? Mesti mama dan ayah rasa sangat-2 tenang kan ? Bila dah ada orang tersayang kat sisi , jiwa sangat-2 tenang . Ni bukan saya reka cerita . Ni dalam quran pun ada sebut . Ketenangan ini yang saya perlukan . Ketenangan dalam jiwa , ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu . Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-2 ! :)

4.Teman dalam pelajaran .
Mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye ? Siapa cakap terganggu ? Saya akan lebih bersemangat . Kahwin ini bukan matlamat hidup saya . Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama . Suami saya nanti boleh bersama saya , memberi sokongan . Kami boleh berlawan-2 dalam mendapat keputusan yang lebih baik . Bukankah ini satu persaingan yang sihat ? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan ? :)

5.Teman dalam kehidupan .
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri . Setiap manusia inginkan pasangan , ini fitrah . Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja . Secara jujurnya , sekarang saya selalu rasa sangat sunyi . Bila datang masa saya jatuh sakit , Ya Allahh . terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi . Ayah , dulu ayah boleh menjadi peneman setia saya . Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari ayah . Saya perlukan seorang teman . Teman yang mampu mengambil tugas seorang ayah .

6.Teman dalam perjuangan .
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi . Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini . Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri . Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur , sedikit payah untuk saya bangun semula . Alangkah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini . Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini . Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami . Saya dalam kesedihan ,dia boleh menjadi pengubat duka . Saya sedikit terlari dari landasan , dia boleh kejutkan saya dan sama-2 mendirikan solat tahjud di malam hari . Kami tidak mahu menjadi manusia biasa , kami ingin menjadi pejuang agama , bangsa dan negara !

7.Hilang fokus !
Mama yang amat saya cintai , masih kalian bersama saya ? Mari kita teruskan . Saya ada cita-2 yang sangat besar . Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda . Habis belajar , kahwin , dapat anak , sambung belajar sampai phd , pergi kuliah-2 agama , beli harta banyak-2 sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah . Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang . Namun buat ketika ini , hampir 50 peratus fokus saya telah hilang . Kerana gangguan perasaan dan faktor lain . Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi . Saya memerlukan fokus itu kembali !


8.Remaja lebih produktif .
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini . Saya ingin buang jauh-2 slogan sebegini “ Rileks laaa . Muda lagi untuk kahwin . Enjoy dulu . Nanti menyesal baru tau ” Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya . Enjoy dulu ? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-2kan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan . Tidak merasa rugi ke ? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat . Nauzubillah ! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda , ruang untuk melakukan perkara-2 “ enjoy ” sedikit sebanyak sudah tertutup . Saya selamat . Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu . Saya takut saya mati dalam tempoh “ enjoy ” itu . Apa saya dapat ? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab .
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang . Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab . Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab ? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda ? Lepak di shopping mall sehingga lewat malam semata-2 untuk membeli belah  . menonton wayang dan sebagainya . Mesti tidak berkenan dengan jenis sebeginikan ? Dengan sifat tanggungjawab ini , tidak sanggup saya bermudah-2 dalam pelajaran saya . Ini masa depan saya . Insyaallah , tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang .


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-2 , hanya untuk memuaskan nafsu sahaja . Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah . Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia . Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah . Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat . Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa , saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh . Mama mesti gembirakan bila dapat anak sebegini ? Doakan saya menjadi anak yang soleh .



Credit : Red Smooth Live
|

Copyright © 2011-2013 . All Right Reserved by Eiyrah Pelangy .